Apabila sesuatu cinta ditolak
terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan
adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai
alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita
menolak cinta lelaki adalah……..
(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang
memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya
lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain.
Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.
(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita
sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka
seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki
sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.