nuffnang

Belum Jadi Raja Or Ratu? Sila "Like"



Tuesday, 7 February 2012

Jepun - Trend Berpakaian 2012

Mungkin kerana terlalu ‘berfikiran terbuka’ dan ditambah pula dengan sifat kreativiti yang ada pada para pereka fesyen, maka terciptalah pakaian-pakaian yang pelik di pasaran.

Sebuah laman web, moillusions.com misalnya menyiarkan beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa orang wanita yang mengenakan pakaian yang jarang (transparent) dan “menampakkan” seluar dalam yang dipakai.

Namun sebenarnya, apa yang anda dapat lihat itu bukan pakaian dalam sebenar mereka. Ia adalah gambar yang dilukis di atas skrit atau seluar yang dikenakan mereka.

Yang menghairankan, wanita-wanita itu sanggup mengayakan fesyen ‘terlampau’ di khalayak ramai tanpa segan silu!

Penulis terbayang apakah akan reaksi masyarakat di negara ini sekiranya fesyen-fesyen sebegini berjaya menembusi pasaran tempatan.

Tergamakkah kita melihat ibu, kakak, adik perempuan atau saudara mara perempuan kita berpakaian sebegitu?

Atau paling tidak pun, apa pula reaksi para pelajar sekiranya pensyarah mereka mengenakan jeans yang “transparent” ketika di dewan kuliah?

Berikut adalah beberapa keping gambar fesyen ‘terlampau’ yang maksudkan;


Sunday, 5 February 2012

Design bola bowling yang mengerikan

Design bola bowling ini telah diilhamkan dari seorang pelukis dari german,Oliver Paass untuk 13th street,sebuah rancangan televisyen seram di eropah. Jom tengok koleksi gambar di bawah:

Saturday, 4 February 2012

Cut The Rope Kini Di IE9

 "Cut The Rope"permainan teka-teki popular yang telah menyebabkan ramai pengguna ketagih,kini ia meledak pula di dalam talian (online) dan ia boleh dilayari dilaman web http://www.cuttherope.ie.Permainan yang sebelum ini hanya terdapat didalam telefon pintar,kali ini ia mempamerkan keupayaan teknologi HTML5 yang canggih pada pelayar web Microsoft berkuasa terbaru,Internet Explorer 9 (IE9).Sebanyak 18 tahap permainan boleh dibuka,manakala tujuh tahap bonus didapati secara eksklusif buat pengguna yang pin permainan bar tugas Windows di IE9.

Friday, 3 February 2012

Jepun sebelum dan selepas tragedi tsunami dan gempa bumi

Ok..kali ini Raja Tepek nak memaparkan gambar-gambar bencana TSUNAMI yang telah melanda Jepun.Dunia dikejutkan pada March tahun lalu dengan tragedi tsunami dan gempa bumi yang terteruk pernah dialami oleh negara matahari terbit, Jepun. Setelah 11 bulan berlalu dengan penuh tragis, negara Jepun kini sudah bangkit dan diberi nafas baru hasil kerja keras kerajaan Jepun dengan membelanjakan hampir $50 billion untuk projek membaik pulih bangunan dan jalan semasa kejadian gempa bumi serta tsunami (projek budget yang terbesar selepas kejadian bom di Hiroshima dan Nagasaki) dan dikatakan purata keseluruhan jumlah untuk bajet yang diperuntukkan adalah sebanyak $300 billion untuk projek baik pulih negara Jepun.

Wednesday, 1 February 2012